Mar 17, 2012

S.A.K.I.T.

bukan SAKIT sebab SAKIT..
SAKIT sebab ditambat..
terhiris pisau pun tak seSAKIT ni..
jangan buat air mata aku murah..

P/s: anggap je entry ni juz 4 fun!

Mar 15, 2012

jangan pernah..

Assalamualaikum..


 -jangan pernah mengharap untuk mendapat kebaikan dari orang lain sekiranya diri ini begitu berat untuk menabur kebaikan


-jangan pernah mengharap untuk mendapat keberkatan sekiranya yang berkat itu bukan amalan kita


-jangan pernah mengharap bertemu seseorang yang baik sekiranya diri ini belum cukup baik 


-jangan pernah menunjukkan kebaikan diri sekiranya yang ditunjukkan itu hanya untuk menutupi keburukan


-jangan pernah mencari keburukan orang lain sekiranya keburukan itu juga wujud dalam diri kita


-jangan pernah menilai seseorang dari luaran dan tutur-katanya sahaja.boleh jadi apa yang terzahir hanyalah kepura-puraan yang bukan lahirnya dari hati


-jangan pernah menuding jari ke arah orang lain sebelum menilai diri sendiri


-jangan pernah duduk dalam keadaan selesa sekiranya sahabatmu yang lain masih berduka


-jangan pernah mengharap perhatian sekiranya diri ini masih lupa, Allah juga masih memerlukan perhatian kita


-jangan pernah mengharapkan 'soleh' sekiranya kita bukanlah 'solehah'


-jangan pernah mengharap untuk bergelar wanita solehah, wanita muslimah, isteri mithali, sekiranya anda masih belum bergelar ANAK SOLEHAH




pesanan~


apa guna berbuat baik pada semua orang..
apa guna disanjung sebab ilmu yang tinggi..
apa guna dihormat semua orang...
TAPI, tidak pernah ingat ibubapa, tidak pernah menggembirakan mereka, tidak pernah menghargai mereka, apatah lagi menabur bakti kepada mereka..
keberkatan seorang anak terletak kepada redha kedua ibubapanya..betul tak :)


pernah tengok video ni tak?kalau belum..jom tengok!