Apr 16, 2011

...

awak..
http://www.emocutez.com
"ye.."
rupanya kita sama,takde beza pun..
minta maaf,sy baru tahu..
terima kasih kerana ada yg menyedarkan sy..
http://www.emocutez.com

Apr 14, 2011

cara-cara tak nak bagi mengantuk masa study..

Assalamualaikum..
menarik tak tajuk entry hari ni?hari ni teringin la plak nak share benda ni.cam best jer kan?lagipun sekarang ni pun musim exam.walaupun paper ak tinggal satu jer lagi,tapi takpe,kita try tips2 ni walaupun tak dapat wat masa study paper2 before ni.mengantuk masa study,biasalah tu,normal lah,kan.kalau orang yang boleh study dari pagi sampai petang non-stop tu yang tak normal.non-stop tu tak de la non-stop sangat,stop la jugak kejap2,solat,makan,pergi tandas.tapi kalau sampai tak makan,tak solat,tak pergi tandas,sah2 abnormal la korang.kalau tanya ak,apa ak wat kalau ngantuk time study,ak akan jawab,"tidooo..."..standard la tu,ngantuk,tido.





dah2..lepas ni jangan tido dah time study,ni kakak nak bagi tips ni.kalau suka ikut,kalau tak suka,kena try2 suka.wei,exam wei,exam.korang sedar tak,lusa exam.mane boleh study 5minit pas tu tido 50minit.nak jawab ape nanti??ambil masa 5minit,baca tips ni:


1.duduk kat kerusi dengan posisi badan yang tegak
-agak2 korang selesa la.bila duk tegak,kita kurang rasa lenguh,kurang letih..kalau kerusi tu keras cam batu,sakit belakang,alas la dengan bantal kecil,jangan yang besar,silap2 bantal tu nanti naik atas meja study,korang pun lentok atas tu..


2.isi perut sebelum start study
-penting jugak ni.jangan biarkan perut lapar masa study.perut kosong akan mengganggu konsentrasi pembelajaran kita.tapi jangan makan terlalu kenyang,sebab perut yang terlalu kenyang akan menyebabkan lagi mengantuk.makan makanan sekadar alas perut sebelum belajar.



3.pilih untuk belajar topik yang susah semasa tenaga masih optimum dan badan masih segar
-topik yang agak susah memerlukan daya tumpuan yang tinggi,jadi seelok2nya,semasa badan masih lagi segar,pilih topik yang kritikal dahulu,kemudian baru susuli dengan topik yang mudah.tapi kalau masa tu kita dah penat,tapi masih lagi nak study,pilih tajuk yang ringan yang boleh relax kan otak :)



4.jangan mengambil masa yang terlalu lama untuk satu-satu topik
-masa yang lama boleh menyebabkan kita hilang daya tumpuan.jadi,jangan fokus terlalu lama untuk satu tajuk sahaja.jangan lah pulak setengah hari duk study tajuk anatomy,bab hidung jer.lain la ak ni,memang tajuk pembelajaran banyak pasal mata jer kat mana-mana pon. ^__^


5.tukar topik kalau bosan
-sama macam tadi,jangan teruskan dengan topik yang dah rasa2 macam bosan,nanti tak masuk jugak apa yang kita belajar.kan?



6.lakukan sedikit pergerakan
-contohnya,lakukan senaman kecil ataupun belajar sambil berjalan-jalan.tapi jangan jalan jauh-jauh.cukup setakat pusing-pusing dalam bilik sambil pegang nota,hafal sikit-sikit.yang ni tak pernah buat,nanti nak try.just untuk hilangkan rasa mengantuk,best jugak :)


7.cuba baca dengan kuat
-tapi janganlah sampai menjerit satu blok boleh dengar.baca kuat sekadar kita boleh dengar.membaca dan mendengar perkara yang berbeza.belajar sambil mendengar pun perkara berbeza.kita akan mudah ingat bila kita mendengar.betul tak?yang ni ak selalu buat..


8.banyakkan minum air
-banyak minum akan membuatkan kita kerap untuk ke tandas.jangan rasa benda ni menyusahkan.bila kita rasa nak ke tandas,secara tak langsung kita akan bergerak,so kita tak mengantuk la.lagipun minum air banyak-banyak ni kan bagus.


9.study dalam kumpulan
-kalau mengantuk belajar sorang-sorang,try belajar ramai-ramai dengan kawan-kawan yang lain.bila ramai,sesi soal-menyoal akan berlaku,jadi kita tak mengantuk.tapi pastikan belajar,bukan gosip-gosip.


10.buka semua lampu semasa belajar
-kalau kat bilik korang ada tujuh lampu,buka semua.selain pencahayaan,bilik yang terang akan menaikkan mood untuk study.ni kalau waktu malam la.jangan bazirkan elektrik pergi buka semua lampu waktu tengahari.


11.jangan study depan kipas
-ha,ni pun penting,jangan study betul-betul muka menghadap kipas.bila study depan kipas,mata kita akan jadi kering,letih,tak bermaya.pas tu apa jadi?mata tak leh nak bukak,tido la jawabnye.


12.kalau tak tahan sangat,tido la sekejap
-korang suka la tips last ni kan?sebab ada perkataan tido..huhu.kalau dah try sume yang kat ats tu,tapi mengantuk jugak,tido la sekejap.take a short nap.nap ok,not sleep.tido sekejap untuk kembalikan stamina,tapi jangan lama,cukup la 15 ke 20 minit :)




okey,itu saja.kita sama-sama try,insyaAllah Allah tolong untuk permudahkan semuanya kalau kita usaha.study-study pun janganlah sampai lupa tido dan jaga kesihatan..
GOOD LUCK untuk semua yang bakal menghadapi peperiksaan..
doakan yang terbaik untuk semua.doakan yang terbaik for my last paper this friday..amin  :)


Apr 10, 2011

susah rupanya nak jaga perasaan ni..

Assalamualaikum..
kalau nak jaga perasaan orang susah,tapi aku rasa nak jaga perasaan sendiri lagi susah.sangat-sangat susah.kenapa?kenapa?kenapa? :(
camne ni?kalau nk jaga perasaan orang senang la jugak aku rasa,rasuah jer ngn benda-benda yang comel+cute+sweet.contohnye,bagi jer coklat.handmade coklat la,baru special..


takpon bagi keychain,the very cute keychain yang ade tulis berry cute..kan?


kalo rase kaya,bagi sebijik kek sampai dorang tak habis nak telan..


kalo pompuan lagi senang,hulur jer sekor teddy bear yang super duper cute..confirm tersengeh terus..


tapi tu kalau perasaan orang?kalau perasaan sendiri macam mane plak?konflik jiwa sepanjang masa,susah jugak.kan?macam mane ni?macam mane?saya nak jaga perasaan saya.ade sape-sape tau caranya?


adakah saya perlu membeli seekor keroppi dengan kebesaran saiz tahap maksimum untuk diri saya sendiri?dalam situasi sekarang,saya sendiri yang harus menjaga perasaan saya.tidak salah berlagak seolah-olah menghadiahkan sesuatu untuk diri sendiri.tak gitu?
kerana bagi saya,keroppi jauh lebih cute dan comel berbanding muka serabai saya buat masa ini..
ya,mungkin juga.hijau itu tenang,menawan dan warna alam.sejuk mato den.hijau keroppi itu jauh lebih menawan jika dibandingkan dengan gincu-gincu yang dipakai oleh miss malaysia pahang 2010*tak pasal2..


keroppi itu hijau..tau..macam ini...

siapa berani kata keroppi tu hudoh..angkat kening..
meh nak bagi sup pelempang 7mangkok!!

Apr 9, 2011

akal letaknya tinggi kat otak,tapi hati budi kat kaki??

Assalamualaikum..
keseluruhan entry ini tidak ada kena mengena dengan yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia..ehem3..kita selalu jer dengar orang berilmu ni dipandang tinggi.sebab apa kena pandang tinggi?sebab kita rendah ke?tu salah satu sebab la kalau korang ni rendah macam aku.tapi korang terfikir tak kenapa orang berilmu ni dipandang tinggi?sebab ilmunya ke?ketinggiannya ke?kecantikkannya ke?ataupun sebab hati budi dia?tapi rata-rata mesti akan jawab,sebab ilmu dia.sebab dia tahu serba-serbi yang kita tak tahu.kita tengok kalau kat kampung, mak ayah selalu bandingkan anak-anak mereka yang kurang pandai dengan anak-anak orang lain yang lebih pandai, yang dapat masuk universiti.diorang selalu kata, "kalau kita ni banyak ilmu,pandai,belajar sampai ke universiti,orang akan pandang kita.kalau spm pun setakat pass jer,macam ni la jadinya.kerja pun entah ape-ape." sedih kan kalau kita yang jadi anak tu.

tapi kalau kita fikir-fikirkan balik,layak ke semua orang yang pandai-pandai,belajar tinggi-tinggi ni dipandang tinggi?jangan sebab result spm dia tinggi,dapat belajar sampai ke universiti,dapat result gpa setiap sem pun tinggi,terus kita pandang tinggi.tak semua orang yang berpelajaran ni yang ikut resmi padi,makin berisi makin tunduk.aku bercerita berdasarkan apa yang aku nampak,apa yang aku alami.benda yang aku tengok,benda yang aku dah alami sejak aku kecil lagi.kadang-kadang aku takut nak berada di tempat mereka,takut kalau-kalau aku pun nanti macam tu,makin banyak ilmu,makin rendah hati budi.tuhan dah meletakkan akal kita di tempat yang tertinggi dalam badan kita.tapi janganlah kita merendahkan kedudukan akal tu dek kerana ketamakan dan keangkuhan diri kita sendiri.bila dah banyak ilmu,terus rasa diri tu hebat.macam tu ke?ilmu tu milik kita ke?betul ke kita dah tahu segala benda?akal tinggi kat otak,habis tu hati budi korang letak mana?jangan pulak hati budi tu diletakkan betul-betul di kaki!hati..hati letaknya betul-betul dekat dengan jiwa.sebab jiwa yang akan menyelami segala apa yang kita rasa.


oleh sebab hidup aku sekarang sebagai seorang pelajar,aku boleh nampak situasi ni berlaku kat pelajar.ni baru pelajar,belum lagi dapat pangkat DR,Prof Madya,Prof dan sbgnya.kalau dah berpangkat tak tahu la macam mana kan?ok,aku bukan nak cakap kita tak payah dan tak boleh pandang tinggi orang yang berilmu ni.boleh,tapi jangan pandang pada ilmu mereka semata-mata.bagi aku,ada ilmu tapi tak ada hati budi,sia-sia la ilmu tu.betul tak?biar berilmu,tapi tinggi hati budi,pandai berbudi bahasa.itu yang kita nak.dapat seimbangkan semuanya.mungkin masa belajar,kita rasa kita boleh hidup sorang-sorang,tak berkawan.pergi makan sorang-sorang,pergi kelas sorang-sorang,pergi library sorang-sorang,siapkan assignment sorang-sorang.sebab kita rasa kita lagi pandai dari orang lain.kita boleh berusaha sendiri,tak payah jaga hati orang lain.tak payah nak melayan kerenah orang lain.oh,senangnya hidup macam tu.tapi,tapi,tapi,sudah ke hidup kita macam tu.kalau macam tu,apa kata nanti buka hospital sendiri,kerja sendiri,jadi doktor,nurse dan pesakit sendiri.kan hebat macam tu.senang kan kalau macam tu,tak payah nak bekerjasama dengan orang lain.keputusan pun terletak seratus peratus kat tangan kita.tapi mustahil la macam tu,sangat mustahil.kan?


bila kita dah berilmu tinggi,jangan ingat kita boleh nak berlagak macam kita tahu segala benda,kadang-kadang tu kena jugak bertolak ansur,terima pandangan orang lain.ni tak,pandang makcik-makcik pakcik-pakcik pun sebelah mata je.kenapa wei?kenapa kena macam tu?tak ingat ke mak ayah kita pun sebaya diorang.macam mana perasaan kita kalau mak ayah kita mengadu ada orang buat macam tu kat diorang?apa yang kita rasa?marah?geram?sakit hati?macam tu lah perasaan orang lain pun.bila orang tua bercakap jer terus nak bangkang?kenapa?rasa sangat kita ni hebat?kita belajar tinggi-tinggi,tahu serba-serbi tapi makcik-makcik sekolah pun tak habis.macam tu ke pandangan kita?tapi ingat,kita hidup berapa tahun kat dunia ni?makcik-makcik tu tadi hidup dah berapa tahun kat dunia ni.ok,tu kalau kita tengok yang berlaku kat orang yang lebih tua dari kita tetapi bukan ibu bapa kita sendiri.tapi,ramai jer dengan ibu bapa pun macam tu.kan?kalau tak takkan la keluar berita muka depan pasal anak buang bapa,buang mak sendiri!


ingat ni,apa yang kita buat kat orang,tak mustahil orang akan buat kat kita balik.kita layan mak ayah kita macam sampah,tak mustahil anak-anak kita akan layan kita macam muntah!what??korang takde anak?jadi korang boleh buat sesuka hati je la?ok,layan orang di sekeliling korang dengan baik,sebab tak mustahil masa korang tua nanti korang memerlukan mereka sebagai ganti kepada anak-anak.kita tak tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang.tak semua orang akan mendapat kesenangan setiap masa..kan?apa yang kita lakukan sekarang boleh memberi kesan untuk seumur hidup kita :)


ps: aku bercerita berdasarkan apa yang aku rasa,apa yang aku alami,bukan untuk mereke-reka :)

Apr 7, 2011

time exam ni jgak la nk wat benda xsenonoh nye..haish..

Assalamualaikum..time exam ni jgak la ak dok sibuk nk ushar2 video kt youtube..kan?wlupon internet xde la laju sgt..tp ckup la utk tgk skejap2 ilangkan stress musim2 exam ni..huhu..note xhbes bce,tp video2 ni plak ak dok nengok..korg penah dgr sal anwar hadi?matluthfi?belacan dan paku?maria elena? kalu sape2 xpernah tgk,korg bleh la tgk kt youtube tu naa..meh ak share video2 dorg yg bg ak best..huhu



ni belacan dan paku punyer video..mat salleh fasih gler bm~



matluthfi punyer..



anwarhadi yg femes tu..



maria elena..


kena tgk tau..tau..tau..best sgt dorg ni..huhu :)
ni la benda xsenonoh yg ak buat,loading n tgk video2 dorg..kui3~