Dec 25, 2011

kenapa mesti ade "READ MORE"??

Assalamualaikum..

Awak buat blog nak bagi orang baca or just kelik-kelik setiap link yang ade kat situ?penat la setiap kali nak bace post jer kena kelik-kelik perkataan "READ MORE"..penat tau?penat..dah la xmampu nk langgan bb yg berkelajuan kuasa kuda..aku punye bb tahap kuasa mengakarung je..tu pon kadang-kadang bertukar kuasa yang ala-ala piggy snail jer..haiiiihh..... +__+'

Nov 22, 2011

suka ni banyak2!!

love this song sosososososo much..
so awesome song and lyrics..
so relaxing my mind..ecececeh
currently falling in love with most of selena gomez's songs..
i like you la selena..




Fly To Your Heart Lyrics

Watch all the flowers
Dance with the wind

Listen to snowflakes
Whisper your name
Feel all the wonder
Lifting your dreams
You can fly


Fly to who you are
Climb upon your star
You believe you'll find
Your wings
Fly
To your heart


Touch every rainbow
Painting the sky
Look at the magic
Glide through your life
A sprinkle of pixie dust
Circles the night you can fly


Fly to who you are
Climb upon your star
You believe you'll find
Your wings
Fly


Everywhere you go
Your soul will find a home
You'll be free to spread
Your wings
Fly


You can fly
To your heart
(Fly, fly)


Rise to the heights of all
You can be
(Fly, fly)


Soar on the hope of
Marvelous things


Fly to who you are
Climb upon your star
You believe you'll find
Your wings
Fly


Everywhere you go
Your soul will find a home
You'll be free to spread
Your wings
Fly
you can fly to your heart

psssssttt: nanti tengok music video untuk lagu ni tau..what i can say..it so colourful,wonderful n so cute :)

Nov 9, 2011

bawang oh bawang!!

Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya Aidiladha :)

aku suka guna garlic aka bawang putih setiap kali masak..
*walaupon jarang-jarang je aku masak >.<
sebab dari dulu, ma aku ajar masak letak bawang putih..
bila letak bawang putih,rasa masakan tu akan jadi sedap 
sebab aroma garlic tu sendiri..ececeh..
ye,ye..aku xambik kursus masakan pon..
dah..straight tudepoin..
aku alah dengan dua jenis bawang ni..
dush3!!



tapi serius aku suka makan bawang besar dalam masakan..sedap..
aku alah bawang-bawang ni,sebab dua beradik ni suka buat aku nangis!
korang tahu tak kenapa benda ni suka buat orang menangis?

sebab, bila bawang dipotong, sel-sel di dalam bawang akan pecah dan mengeluarkan enzyme alliinases yg akan break down amino acid sulphoxides untuk menghasilkan sulphenic acids. Sulphenic acid yg terhasil tu kita panggil 1-propenesulfenic acid (terhasil bila bawang dipotong). Sulphenic acid tadi kemudiannya akan ditukarkan menjadi gas syn-propanethial-S-oxide atau dipanggil onion lachrymatory factor(LF). LF gas ni pula akan meruap ke udara dan masuk ke dalam mata dan akan mengaktifkan sensory neurons, seterusnya menyebabkan rasa pedih..sebab tu la mata kita berair :)

nah,ni aku nak share tips supaya kita semua tak perlu dah nangis-nangis sampai keluar hingus masa kupas bawang ni..

-kupas bawang dengan meletakkan bersama-sama kita air yang banyak untuk mengelakkan gas yg terhasil masuk ke dalam mata *aku pon tak tahu kenapa air tu boleh menghalang gas tu masuk mata..gas tu masuk dalam air tu kot :)

-kupas atau potong bawang di bawah air yang mengalir atau dalam besen yang berisi air

-simpan bawang dalam peti sejuk sebelum potong..bila sejuk,enzyme dalam bawang tak aktif dan penghasilan gas yg memedihkan mata akan berkurang

-jangan potong akar bawang,atau potong akar last sekali sebab akar bawang mengandungi enzyme yg tinggi

-guna pisau yang tajam semasa memotong bawang, sebab pisau yg tajam akan mengurangkan kerosakan pada sel bawang dan sekaligus mengurangkan penghasilan enzyme *bukan sembelih lembu je kena guna pisau tajam tau

-potong bawang depan angin kipas yg kuat, sebab angin yg kuat akan mengelakkan gas dari bawang tadi masuk ke dalam mata.

-cara paling senang, pakai la spek mata atau googles masa potong bawang..pakai shades pon boleh baru la gorgeous u..

pak cik ngn kakak ni pon alah dengan bawang





sebab tu aku sayang en.garlic lebih,sebab en.garlic tak suka buat orang nangis..
garlic bread pon jadi sedap sebab dia,kan? :)



P/S:
 ->info-info kat atas aku ambik dari wikipedia-onion..
aku translate untuk lebih mudah nak paham..ada paham ka?pic:google la
       ->ma kata,mata berair time potong bawang xpe..boleh cuci mata :)
    

Nov 3, 2011

aku dah kata jangan baca..tapi degil.. :'(

Assalamualaikum..

aku kata dah jangan baca,tapi diri ni degil..nak baca jugak..
kan dah tahu,kalau baca,aku akan nangis..
dah baca,nak wat camne :'(
*nangis baca ni..


APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..


source: facebook

Ya Allah,kau berkatilah hidup kedua ibubapa ku walau di mana mereka berada..
permudahkanlah segala urusan mereka dan jauhi mereka dari malapetaka dan bahaya..amin..

Oct 29, 2011

awas!! entry bunga matahari...

Assalamualaikum...

mood: currently falling in love with sunflowers..
yellow,yellow,yellow..

bunga matahari cantik..kan? :)









beautiful inspirational words

   


canteekkk!!!

dalam proses membina taman bunga matahari..
lepas ni banyak la bunga matahari berkembang dalam bilik aku..
we will wait n see :)

http://www.emocutez.com

Oct 21, 2011

bila makmal dua hari dalam seminggu..

Assalamualaikum...

kalau sem-sem lepas,aku suka bila ada lab anatomy..boleh pakai lab coat putih yg ala-ala nak jd krim dah tu (sebab dah 3 tahun lebih dah usia lab coat tu)..aku sayang lab coat aku ok..bila pakai jer,terus rase cam doktor..lagi-lagi kalau pakai sarung tangan getah dengan topeng hijau ikat kat belakang tu..ala-ala doktor bedah..dalam lab anatomy dulu,aku sarung jer sarung tangan getah tu,ikat topeng hijau tu kemas-kemas..lepas tu,aku menyorok di sebalik kawan-kawan aku sebab tak nak pegang ORGAN-ORGAN MANUSIA yang aku rasa ngeri gila untuk dipegang..kejam wei sape yang ambik organ tu..kejam..tak sanggup aku nak pegang..

sem ni tak ambik anatomy dah..khatam dah anatomy..selasa hari tu bertikus dalam lab phatology & pharmacology plak..bukan kejar-kejar tikus..main cucuk-cucuk tikus..lepas cucuk,kena tunggu tikus tu tidur..bila dah tidur,kena tunggu dia bangun plak..maka,lebih dari 50 ekor tikus telah berjaya dicucuk-cucuk oleh kitorang satu kelas..memang time kitorang cucuk drug kat tikus tu,dia tidur jer..tapi,lepas tu,korang ingat orang kat lab tu bela balik ke tikus-tikus tu?mesti la tak..tikus tu akan dimatikan..dimatikan..tapi aku tak tahu plak la cara diorang matikan tu macam mana..ada sape-sape tahu tak?aku teringin nk tahu..share la pengalaman korang..

tikus ni tengah tidur lepas kena cucuk..
kitorang wat in pairs..
tikus ni menggelupur masa kawan aku cucuk,
ada pendarahan..serius kesian..
hari selasa lepas hari bertikus..setiap hari jumaat hari bermata,beralat dan bercarta..tak paham?kalau aku kata the day with eyes,chart and instrument?mesti paham kan? :)
jam 8pg nati adalah turn bersama En.Carta Snellen dan teman baru,En.Cross-cyl..
hampir setiap hari jumpa  En.Carta Snellen

teman baru mulai esok :)

regards~syaosoiggo

Oct 17, 2011

kenapa macam sama??

Assalamualaikum..

diorang sama..kan?
lme dah aku perasan,tapi hari ni baru aku bandingkan?
kenapa muka diorang macam sama?
diorang wat plastic surgery kat tempat sama ke?
tak tahu,tak tahu..
tapi sekali tengok,sama..kan?






sape kata sama.angkat tangan sekarang!


http://www.emocutez.com


yang sebelah kiri tu younha,yang kanan tu park shin hye..
dua-dua comel,kan? :)
tapi aku suka tengok younha,cute & tembam..
suara pon best..huhu



~juz 4 fun,regards~me  ^__^W

Oct 16, 2011

kita yang menentukan kita gagal atau tidak..

Assalamualaikum..

im entering a busier week tomorrow..
sort of inadequate oxygen to breath..
like im gasping for air..help me..
which one i should read first instead of revising??

can i be like "she"?


regards: syaosoiggo~

Oct 14, 2011

kenali ape itu darah istihadah..

Assalamualaikum..

semua orang paham bila sebut tentang darah haid..tapi tak semua jelas apa itu darah istihadah,kan? untuk lebih jelas,jom kita terjah blog ustaznoramin..baca tentang darah istihadah kat sini-->darah istihadah menurut penjelasan ilmu fiqh..

'sharing is caring' :)

regards: syaosoiggo ^__^

Oct 12, 2011

gentle warning~

this blog is under construction..tq



Oct 10, 2011

bila diri ini seolah-olah bukan diriku...

Assalamualaikum... :)

macam gah je tajuk..kan?hari ni teringin plak nak menyonteng blog..kalau dah tangan gatal,garu-garu pon xilang,nak kena menaip la tu..ok la,apdet blog pon sebulan sekali..menaip-naip sambil riba laptop,dengar suara asmirandah dengan dude ni nyanyi,best jugak..sape-sape kacau mau nye ak tampar :P *over...
back to basic story,bila diri ini seolah-olah bukan diriku..tajuk sangat tak kena dengan ape yang aku nak cite ni sebenarnye..fine la,aku memang tak reti nak create post title best2..even blog aku pon takde tajuk..tapi gatal gak nak menulis blog..
ni..aku nak cite,tepat jam brape entah,tapi yang penting,lepas maghrib hari isnin 10/10/11,aku telah berjaya menghabiskan sebungkus bubur nasik dan sup ayam..tgk neh,tadi aku makan benda neh..habeesssss....yahuuuu!!!clap3~mekasih :)


selama 21 tahun hidup,seingat aku,ni first time kot aku makan bubur nasik sebanyak tu..time kecik2 dulu aku tak tahu la plak kalau ma aku pernah suapkan aku bubur nasik sebanyak tu..
seriously,sejak akhir-akhir ni selera aku dah banyak berubah..sampaikan diri aku pon tertanya-tanya,"betol ke aku makan bla,bla,bla tadi?".."eh,sedap jugak benda ni,kenapa sebelum ni aku takut gila nak makan benda ni?.."macam ni ke rasa benda ni,boleh jugak aku telan rupanya"..hahaha..korang pernah tak mengalami situasi macam tu?serius,selera makan aku sangat teruk dari kecik lagi..kalau kecik-kecik dulu selalu kena paksa dengan mok(arwah nenek),makan itu,makan ini..last2 aku try jugak makan,then...tak sempat masuk perut,keluar balik ikut mulut..muntah :(

masa kecik-kecik dulu menu aku hari-hari nasik dan lauk bergoreng tanpa kuah..korang sanggup makan macam ni hari-hari?


kalau sape-sape tiba-tiba rajin sudukan kuah ke dalam pinggan nasik,aku akan tukar nasik lain..teruk tak?aku ingat lagi time nak sahur kecik-kecik dulu..aku bangun then tengok lauk yang dah siap,semua yang aku tak makan..masa tu,ma dengan mok aku la akan tumbuk daging,pas tu goreng..sebab diorang tahu aku suka lauk tu..mesti ramai yang tak tahu macam mane rupa daging tu,kan?yang penting daging tu kena jemur dulu sebelum tumbuk,kalau tak,kurang emmhh..kalau sape-sape nak tahu,g klate..ni resepi oghe klate dulu-dulu ni :)

dulu..aku tak makan sayur,ketam,sotong,dan satu buah ni ha..tengok orang potong-potong,makan buah ni pon aku dah meremang bulu roma..teruk tak?teruk kan?


tapi Alhamdulillah..sekarang aku tak ada masalah untuk makan semua tu..dan buat masa ni pun aku tengah belajar untuk adapt dengan makanan-makanan yang aku tak boleh makan dulu..bukan sikit tu..banyak sangat yang aku tak makan dulu..bila dah start sekolah,aku dah boleh makan kuah,sayur..sotong,ketam,nanas tu makan mase jugak la nak adapt..but now,im ok with their taste..

aku teringin sangat nak menikmati kesedapan dan kemanisan rasa udang macam yang orang duk cakap-cakap tu..aku pon tak tahu la kenapa sampai sekarang aku still tak boleh terima dengan rasa udang..bila tengok famili aku makan udang goreng,udang galah sampai gigit-gigit kulit,aku teringin sangat..aku suka sangat bau udang kecik-kecik goreng macam ni..tapi sekadar ambik bau,bukan rasa..aku pernah muntah sebab abah paksa makan udang..hahaha :)


udang,haruan,keli dan mi kari..sori,dats not my fault..it might be some prob with my taste bud that i cant bear with your taste till now :(
ok, now i know why im underweight.. ;)

hard things will be always hard by doing nothing..
we are the one that can choose the way~ 



regards~syaosoiggo ^__^*

Sep 14, 2011

alkisahnya bila dah rindu..

Assalamualaikum..

rasenye tak terlambat lagi kot aku nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri..raye kan sebulan..lagipon,bulan syawal tak habis lagi..syawal memang tak habis lagi,tapi cuti aku dah habiiiiisssssss.............aaaaarrrrrggghhh.....and now already at university again..baru dua malam tinggalkan rumah,rindu dah membuak-buak..ak rindu dua hero tamil ni ha..

hari raya pertama..gaduh berebut handphone.. :)
betul la orang kata air dicincang takkan putus..buktinya,tengok si abang dan si adik dua orang ni..dah pandai gaduh dah..tapi bila malam jer..sorang takde,dua-dua xlena tido..especially si kecik bowlat..

ade kisah antara si abang baju kuning ni,dengan kakak sulung beberapa jam sebelum si kakak kembali pulang ke kampus halaman..si abang ni memang terkenal dengan sifat suka bertanya..dia jumpa apa-apa pon wajib bertanya barang sepatah dua.hoho. :)

di suatu petang yang hening,tatkala tinggal beberapa jam sebelum si kakak menaiki bas pulang ke kuantan..si kakak sedang khusyuk mengopek ikan bilis untuk dibuat sambal..yang masak sambal si mak yang comel sebab si kakak 'kurang' pandai masak sambal bilis :) maka berlakulah perbualan antar si kakak dan adiknye itu...............

si adik: kak long wat ape tu?
si kakak: cabut kepala ikan.
si adik: ikan ape?ikan bilis ke tu?
si kakak: tak la..ni ikan jerung..

maka berlalulah si adik tanpa berkata ape-ape..kecewa barangkali..si kakak,hanya mampu tergelak dalam hati..hohohoho

see..aku rase terhibur duk kat rumah..walaupun kadang-kadang aku rase boring,bengang dengan kerenah diorang..rindu tetap ada :D

P/s: can't wait for the next sem break to be at home with them..

Aug 2, 2011

hari ni semangat update belog,sampai 2 entry tu..keh3~psst..hari tu i buat koktel..slurrpp~

Assalamualaikum...

p/s:sila bace entry ni selepas berbuka puasa sekiranya anda seorang yang tidak tahan dugaan kalau tengok makanan di bulan puasa..hehe

hari ni rajin sikit nak update blog..line pon ok..ha,di kesempatan ni,teringin jugak nk ucapkan selamat berpuasa kepada semua yang beragama islam..walaupun hari ni dah hari kedua berpuasa,kan? :)

entry ni sajer jer nk menge'share' aktiviti budak takde kerja ni dua hari lepas sebelum bermulanya puasa..hobi baru aku sepanjang 4bulan berada di rumah ni ialah masak,makan,masak,makan,masak,makan,,makan..yea ;p
hari tu aku buat puding,pizza dan yang terbaru,koktel..yea sekali lagi,teruja......
so,sempena puasa ni.korang2 yang kat luar tu boleh la try wat koktel buah ni,pas tu letak ais banyak-banyak..then,makan buat buka puasa..slurrppp~~sampai menjilat mangkuk,cawan dan gelas*bergantung kepada bekas apa yang anda guna semasa makan..

jom kita mula,siap ada gambar lagi..


KOKTEL BUAH
ni bahan2 yang aku guna hari tu:


























-buah-buahan tropikal dalam tin
-jelly yg budak2 duk panggil sumi tu..nak kasi colourful..
-kebetulan kat rumah ada buah anggur..then potong la buah anggur sekali :)
-yang ni kuah dia..guna susu sejat,gula,dan sedikit tepung kastard


cara nak buat pun senang jer..buat la kuah dia tu,masak sampai agak2 nak mendidih..then tuang kuah dia ke dalam buah dalam tin tu,pas tu letak jelly sumi tu,letak buah ape2 lagi yang rasa nak tambah..kitorang(coz i wat ngn adik i) tambah buah anggur tu jer..nak lagi sedap,bleh tambah yogurt or aiskrim masa nak makan..kitorang makan taruk ais jer..pon sedap..slurrrp~~memang sodap..




















p/s: kalau buah dalam tin tu ada buah yg masam macam nanas,korang jangan masukkan air buah tu sekali ye,nanti kuah dia jadi keladak a.k.a precipitate..hehehe


hari tu,hari tu,hari tu kan..i buat pizza..first time plak tu..and yang paling best nye,menjadi...yea...sedap..xpuas makan..cedap,cedap,cedap..tengok la,tengok la..hehehe.

























p/s dari hati ke hati: memasak adalah senang..yang membuatkan memasak itu susah ialah apabila ditambah ke dalamnya rempah-ratus MALAS :) jadi,jangan takut untuk mencuba..

yea!!!!............dh ade yg baru........

Assalamualaikum..
hello guys~wassup2!!yeah...dah2..tolong jangan kata aku gedik..saje je tu..best nye,i dah ade header baru yang cute..*cute ke?..cute la jugak kalau sekali tengok..n yg paling penting,all of my header buatan sendiri..tak pernah di beli di mana2 blog,orang persendirian,mahupun di kedai berdekatan..*ceh kerek..hahaha..oleh sebab aku tak nak habiskan banyak masa mengadap header tu berjam2,maka ni je hasilnya..walaupun xseberapa,yang penting..puas hati :)

sedih,xleh nk update blog slalu sebab kat rumah tak ada line sangat..sian kn?kn? :( 

Jul 15, 2011

saya nak yang baru punyer..

nk tukar header barulah..
lepas tu,baru la kembali pada mood meng APDET blog..
dah lame kena tinggal,dah banyak sawang..
kena kemas dulu,sapu2 habuk,mop2 lantai,vacum,lap2 dinding..
iyyah3..


Jun 12, 2011

kau memang nak kena lastik..oh perempuan..

pagi-pagi orang buka mata nak senyum..buka-buka mata nak isi perut..takde orang buka-buka mata terus nak marah..tapi minah sorang ni memang saja nak cari pasal..nama aku punya la comel mak ayah aku daftarkan kat JPN nun,ko bleh panggil aku peyeh..takpe la..aku takde la nk kisah sangat ko nak panggil aku cmne pon..nak panggil ak bidadari ke,puteri kayangan ke,si cantik manis ke,aku takde la nak kisah sangat pon..xpon kalau ko rase nak bagi nama ala2 omputih sket,panggil la aku fairy ke,cinderella ke,xpon sleeping beauty..memang aku suka tido pon..ni ko bagi aku nama ntah ape-ape..pas tu bleh kata aku "peyeh udoh.." lawak la ko..keh3..


tapi aku tak suka la kalau tiba-tiba mesej nak marah-marah kata aku kacau 'abg' ko..bila aku tanya 'abg' ko tu abang kandung ke?kekasih hati?tunang?suami? ko malu pulak nak jawab..ala..aku tau la 'abg' ko tu kekasih hati ko..kan?kan? aku tak kisah la 'abg' yg ko sayang sangat tu sape..tapi yang kau dok mesej aku pagi-pagi marah-marah aku ape kes?kesian la pulak aku tengok orang macam ni..aku ni dah la tak kenal sape 'abg' ko tu..boleh pulak ko kata aku dok kacau 'abg' ko..kejap-kejap..'abg' ko tu ensem tak?hehehe..ade tak ensem cam mamat ni?kalau tak ensem pon, ade tak comel camni?




kalau betol ensem cam mamat ni,aku nasihat kan ko pasang bodyguard la jaga 'abg' ko tu ek..sebabnya,kalau betol ensem camni,memang aku nak kacau pon..keh3..kesian la pulak..nama 'abg' ko pon aku tak pernah dengar,ni kan pulak aku nak kacau dia..tu la,sape suh ko cari kekasih hati ensem..kan dah susah..aku agak-agak je la 'abg' ko tu ensem,sebab tu ko sampai nak serang-serang orang yang ko sendiri pon tak kenal..dah la kutuk-kutuk tempat aku..susah jugak bila aku ni dilahirkan kat tempat yang nama nya cantik sangat ni..siap ada 'mas-mas' pulak tu..


bila aku tanya macam-macam dengan ko,ko diam pulak..hai,pandai-pandai pulak tu salahkan adik ko..tak baik la ko tuduh adik kandung ko main talipon ko tu..kalau dah memang ko yang mesej tu,mengaku je la..aku takde nye sampai nk pergi cari kau bawak senapang patah..paling-paling tidak pon aku bawak lastik dengan guli jer..lastik 2,3 das atas dahi tu,benjol la jugak..sapu-sapu minyak panas sikit,hilang la..
ha,kan dah tak pasal-pasal aku kena update blog..ni ko punye pasal la ni..takpe,aku pon perempuan..aku faham sangat la ko jeles.kan?kan?jaga 'abg' ko tu baik-baik ek..jangan dok risau la..nama 'abg' ko tu memang aku tak pernah dengar..no telefon dia lagi la aku tak pernah tahu..


jadi kepada perempuan-perempuan kat luar sana tu,kalau rasa nak serang orang tu,siasat la dulu ye..jangan main serang jer..dah tu kalau kita memang salah,berani la mengaku..jangan nak salah-salahkan orang lain plak..kan tak pasal-pasal orang yang kita tak pernah kenal benci kita..tak perlu la kita nak panggil orang yang kita tak kenal tu beruk ke,ape ke..tersentap la jugak dengar orang panggil kita beruk..tak gitu?kalau rasa tak puas hati,cakap la elok-elok..budi bahasa tu kan budaya kita..kan? :)


lepas ni nak simpan lastik warna pink la pulak,buat lastik orang yang suka serang-serang cam ni..comel tak buat lastik cam ni??



May 6, 2011

setelah sekian lama..

Assalamualaikum..
yea..setelah sekian lama akhirnya aku kembali menulis entry di blogku ini..bukan sibuk sebab exam,bukan sibuk sebab bertunang,kahwin or kenduri..no..no..no..im busy coz im HOME!! ya..im at HOME..
pejam celik,pejam celik..dah dekat sebulan dah pon kat umah..cepatnye..harap2 misi aku nak menghasilkan angka 4 kat benda yg aku panggil 'mesin hikmat' ni tercapai la..amiin..
dah puas aku jampi mesin hikmat ni,pas tu ak pijak slow2..tapi tetap dia nk boikot angka 4 tu tiap kali aku naik..sad :(



xpe2..kalo xnaik jugak dalam masa 4bulan ni,ak wat cam mak cik ni..padan muka kau mesin..boikot lagi 4 dengan ak..dengan orang lain bukan main baik lagi kau..huh!



p/s: orang lain baru habis exam final..tapi aku dah dapat result final aku semalam..result budak malas..a little bit improvement compared to last sem..naik 0.01 pon jadi la..alhamdulillah..wah google dah update blogger ek..baru perasan..lama dah tak bukak blog..hehe

Apr 16, 2011

...

awak..
http://www.emocutez.com
"ye.."
rupanya kita sama,takde beza pun..
minta maaf,sy baru tahu..
terima kasih kerana ada yg menyedarkan sy..
http://www.emocutez.com

Apr 14, 2011

cara-cara tak nak bagi mengantuk masa study..

Assalamualaikum..
menarik tak tajuk entry hari ni?hari ni teringin la plak nak share benda ni.cam best jer kan?lagipun sekarang ni pun musim exam.walaupun paper ak tinggal satu jer lagi,tapi takpe,kita try tips2 ni walaupun tak dapat wat masa study paper2 before ni.mengantuk masa study,biasalah tu,normal lah,kan.kalau orang yang boleh study dari pagi sampai petang non-stop tu yang tak normal.non-stop tu tak de la non-stop sangat,stop la jugak kejap2,solat,makan,pergi tandas.tapi kalau sampai tak makan,tak solat,tak pergi tandas,sah2 abnormal la korang.kalau tanya ak,apa ak wat kalau ngantuk time study,ak akan jawab,"tidooo..."..standard la tu,ngantuk,tido.





dah2..lepas ni jangan tido dah time study,ni kakak nak bagi tips ni.kalau suka ikut,kalau tak suka,kena try2 suka.wei,exam wei,exam.korang sedar tak,lusa exam.mane boleh study 5minit pas tu tido 50minit.nak jawab ape nanti??ambil masa 5minit,baca tips ni:


1.duduk kat kerusi dengan posisi badan yang tegak
-agak2 korang selesa la.bila duk tegak,kita kurang rasa lenguh,kurang letih..kalau kerusi tu keras cam batu,sakit belakang,alas la dengan bantal kecil,jangan yang besar,silap2 bantal tu nanti naik atas meja study,korang pun lentok atas tu..


2.isi perut sebelum start study
-penting jugak ni.jangan biarkan perut lapar masa study.perut kosong akan mengganggu konsentrasi pembelajaran kita.tapi jangan makan terlalu kenyang,sebab perut yang terlalu kenyang akan menyebabkan lagi mengantuk.makan makanan sekadar alas perut sebelum belajar.



3.pilih untuk belajar topik yang susah semasa tenaga masih optimum dan badan masih segar
-topik yang agak susah memerlukan daya tumpuan yang tinggi,jadi seelok2nya,semasa badan masih lagi segar,pilih topik yang kritikal dahulu,kemudian baru susuli dengan topik yang mudah.tapi kalau masa tu kita dah penat,tapi masih lagi nak study,pilih tajuk yang ringan yang boleh relax kan otak :)



4.jangan mengambil masa yang terlalu lama untuk satu-satu topik
-masa yang lama boleh menyebabkan kita hilang daya tumpuan.jadi,jangan fokus terlalu lama untuk satu tajuk sahaja.jangan lah pulak setengah hari duk study tajuk anatomy,bab hidung jer.lain la ak ni,memang tajuk pembelajaran banyak pasal mata jer kat mana-mana pon. ^__^


5.tukar topik kalau bosan
-sama macam tadi,jangan teruskan dengan topik yang dah rasa2 macam bosan,nanti tak masuk jugak apa yang kita belajar.kan?



6.lakukan sedikit pergerakan
-contohnya,lakukan senaman kecil ataupun belajar sambil berjalan-jalan.tapi jangan jalan jauh-jauh.cukup setakat pusing-pusing dalam bilik sambil pegang nota,hafal sikit-sikit.yang ni tak pernah buat,nanti nak try.just untuk hilangkan rasa mengantuk,best jugak :)


7.cuba baca dengan kuat
-tapi janganlah sampai menjerit satu blok boleh dengar.baca kuat sekadar kita boleh dengar.membaca dan mendengar perkara yang berbeza.belajar sambil mendengar pun perkara berbeza.kita akan mudah ingat bila kita mendengar.betul tak?yang ni ak selalu buat..


8.banyakkan minum air
-banyak minum akan membuatkan kita kerap untuk ke tandas.jangan rasa benda ni menyusahkan.bila kita rasa nak ke tandas,secara tak langsung kita akan bergerak,so kita tak mengantuk la.lagipun minum air banyak-banyak ni kan bagus.


9.study dalam kumpulan
-kalau mengantuk belajar sorang-sorang,try belajar ramai-ramai dengan kawan-kawan yang lain.bila ramai,sesi soal-menyoal akan berlaku,jadi kita tak mengantuk.tapi pastikan belajar,bukan gosip-gosip.


10.buka semua lampu semasa belajar
-kalau kat bilik korang ada tujuh lampu,buka semua.selain pencahayaan,bilik yang terang akan menaikkan mood untuk study.ni kalau waktu malam la.jangan bazirkan elektrik pergi buka semua lampu waktu tengahari.


11.jangan study depan kipas
-ha,ni pun penting,jangan study betul-betul muka menghadap kipas.bila study depan kipas,mata kita akan jadi kering,letih,tak bermaya.pas tu apa jadi?mata tak leh nak bukak,tido la jawabnye.


12.kalau tak tahan sangat,tido la sekejap
-korang suka la tips last ni kan?sebab ada perkataan tido..huhu.kalau dah try sume yang kat ats tu,tapi mengantuk jugak,tido la sekejap.take a short nap.nap ok,not sleep.tido sekejap untuk kembalikan stamina,tapi jangan lama,cukup la 15 ke 20 minit :)




okey,itu saja.kita sama-sama try,insyaAllah Allah tolong untuk permudahkan semuanya kalau kita usaha.study-study pun janganlah sampai lupa tido dan jaga kesihatan..
GOOD LUCK untuk semua yang bakal menghadapi peperiksaan..
doakan yang terbaik untuk semua.doakan yang terbaik for my last paper this friday..amin  :)


Apr 10, 2011

susah rupanya nak jaga perasaan ni..

Assalamualaikum..
kalau nak jaga perasaan orang susah,tapi aku rasa nak jaga perasaan sendiri lagi susah.sangat-sangat susah.kenapa?kenapa?kenapa? :(
camne ni?kalau nk jaga perasaan orang senang la jugak aku rasa,rasuah jer ngn benda-benda yang comel+cute+sweet.contohnye,bagi jer coklat.handmade coklat la,baru special..


takpon bagi keychain,the very cute keychain yang ade tulis berry cute..kan?


kalo rase kaya,bagi sebijik kek sampai dorang tak habis nak telan..


kalo pompuan lagi senang,hulur jer sekor teddy bear yang super duper cute..confirm tersengeh terus..


tapi tu kalau perasaan orang?kalau perasaan sendiri macam mane plak?konflik jiwa sepanjang masa,susah jugak.kan?macam mane ni?macam mane?saya nak jaga perasaan saya.ade sape-sape tau caranya?


adakah saya perlu membeli seekor keroppi dengan kebesaran saiz tahap maksimum untuk diri saya sendiri?dalam situasi sekarang,saya sendiri yang harus menjaga perasaan saya.tidak salah berlagak seolah-olah menghadiahkan sesuatu untuk diri sendiri.tak gitu?
kerana bagi saya,keroppi jauh lebih cute dan comel berbanding muka serabai saya buat masa ini..
ya,mungkin juga.hijau itu tenang,menawan dan warna alam.sejuk mato den.hijau keroppi itu jauh lebih menawan jika dibandingkan dengan gincu-gincu yang dipakai oleh miss malaysia pahang 2010*tak pasal2..


keroppi itu hijau..tau..macam ini...

siapa berani kata keroppi tu hudoh..angkat kening..
meh nak bagi sup pelempang 7mangkok!!