Apr 14, 2011

cara-cara tak nak bagi mengantuk masa study..

Assalamualaikum..
menarik tak tajuk entry hari ni?hari ni teringin la plak nak share benda ni.cam best jer kan?lagipun sekarang ni pun musim exam.walaupun paper ak tinggal satu jer lagi,tapi takpe,kita try tips2 ni walaupun tak dapat wat masa study paper2 before ni.mengantuk masa study,biasalah tu,normal lah,kan.kalau orang yang boleh study dari pagi sampai petang non-stop tu yang tak normal.non-stop tu tak de la non-stop sangat,stop la jugak kejap2,solat,makan,pergi tandas.tapi kalau sampai tak makan,tak solat,tak pergi tandas,sah2 abnormal la korang.kalau tanya ak,apa ak wat kalau ngantuk time study,ak akan jawab,"tidooo..."..standard la tu,ngantuk,tido.





dah2..lepas ni jangan tido dah time study,ni kakak nak bagi tips ni.kalau suka ikut,kalau tak suka,kena try2 suka.wei,exam wei,exam.korang sedar tak,lusa exam.mane boleh study 5minit pas tu tido 50minit.nak jawab ape nanti??ambil masa 5minit,baca tips ni:


1.duduk kat kerusi dengan posisi badan yang tegak
-agak2 korang selesa la.bila duk tegak,kita kurang rasa lenguh,kurang letih..kalau kerusi tu keras cam batu,sakit belakang,alas la dengan bantal kecil,jangan yang besar,silap2 bantal tu nanti naik atas meja study,korang pun lentok atas tu..


2.isi perut sebelum start study
-penting jugak ni.jangan biarkan perut lapar masa study.perut kosong akan mengganggu konsentrasi pembelajaran kita.tapi jangan makan terlalu kenyang,sebab perut yang terlalu kenyang akan menyebabkan lagi mengantuk.makan makanan sekadar alas perut sebelum belajar.



3.pilih untuk belajar topik yang susah semasa tenaga masih optimum dan badan masih segar
-topik yang agak susah memerlukan daya tumpuan yang tinggi,jadi seelok2nya,semasa badan masih lagi segar,pilih topik yang kritikal dahulu,kemudian baru susuli dengan topik yang mudah.tapi kalau masa tu kita dah penat,tapi masih lagi nak study,pilih tajuk yang ringan yang boleh relax kan otak :)



4.jangan mengambil masa yang terlalu lama untuk satu-satu topik
-masa yang lama boleh menyebabkan kita hilang daya tumpuan.jadi,jangan fokus terlalu lama untuk satu tajuk sahaja.jangan lah pulak setengah hari duk study tajuk anatomy,bab hidung jer.lain la ak ni,memang tajuk pembelajaran banyak pasal mata jer kat mana-mana pon. ^__^


5.tukar topik kalau bosan
-sama macam tadi,jangan teruskan dengan topik yang dah rasa2 macam bosan,nanti tak masuk jugak apa yang kita belajar.kan?



6.lakukan sedikit pergerakan
-contohnya,lakukan senaman kecil ataupun belajar sambil berjalan-jalan.tapi jangan jalan jauh-jauh.cukup setakat pusing-pusing dalam bilik sambil pegang nota,hafal sikit-sikit.yang ni tak pernah buat,nanti nak try.just untuk hilangkan rasa mengantuk,best jugak :)


7.cuba baca dengan kuat
-tapi janganlah sampai menjerit satu blok boleh dengar.baca kuat sekadar kita boleh dengar.membaca dan mendengar perkara yang berbeza.belajar sambil mendengar pun perkara berbeza.kita akan mudah ingat bila kita mendengar.betul tak?yang ni ak selalu buat..


8.banyakkan minum air
-banyak minum akan membuatkan kita kerap untuk ke tandas.jangan rasa benda ni menyusahkan.bila kita rasa nak ke tandas,secara tak langsung kita akan bergerak,so kita tak mengantuk la.lagipun minum air banyak-banyak ni kan bagus.


9.study dalam kumpulan
-kalau mengantuk belajar sorang-sorang,try belajar ramai-ramai dengan kawan-kawan yang lain.bila ramai,sesi soal-menyoal akan berlaku,jadi kita tak mengantuk.tapi pastikan belajar,bukan gosip-gosip.


10.buka semua lampu semasa belajar
-kalau kat bilik korang ada tujuh lampu,buka semua.selain pencahayaan,bilik yang terang akan menaikkan mood untuk study.ni kalau waktu malam la.jangan bazirkan elektrik pergi buka semua lampu waktu tengahari.


11.jangan study depan kipas
-ha,ni pun penting,jangan study betul-betul muka menghadap kipas.bila study depan kipas,mata kita akan jadi kering,letih,tak bermaya.pas tu apa jadi?mata tak leh nak bukak,tido la jawabnye.


12.kalau tak tahan sangat,tido la sekejap
-korang suka la tips last ni kan?sebab ada perkataan tido..huhu.kalau dah try sume yang kat ats tu,tapi mengantuk jugak,tido la sekejap.take a short nap.nap ok,not sleep.tido sekejap untuk kembalikan stamina,tapi jangan lama,cukup la 15 ke 20 minit :)




okey,itu saja.kita sama-sama try,insyaAllah Allah tolong untuk permudahkan semuanya kalau kita usaha.study-study pun janganlah sampai lupa tido dan jaga kesihatan..
GOOD LUCK untuk semua yang bakal menghadapi peperiksaan..
doakan yang terbaik untuk semua.doakan yang terbaik for my last paper this friday..amin  :)


No comments:

Post a Comment