Nov 9, 2011

bawang oh bawang!!

Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya Aidiladha :)

aku suka guna garlic aka bawang putih setiap kali masak..
*walaupon jarang-jarang je aku masak >.<
sebab dari dulu, ma aku ajar masak letak bawang putih..
bila letak bawang putih,rasa masakan tu akan jadi sedap 
sebab aroma garlic tu sendiri..ececeh..
ye,ye..aku xambik kursus masakan pon..
dah..straight tudepoin..
aku alah dengan dua jenis bawang ni..
dush3!!



tapi serius aku suka makan bawang besar dalam masakan..sedap..
aku alah bawang-bawang ni,sebab dua beradik ni suka buat aku nangis!
korang tahu tak kenapa benda ni suka buat orang menangis?

sebab, bila bawang dipotong, sel-sel di dalam bawang akan pecah dan mengeluarkan enzyme alliinases yg akan break down amino acid sulphoxides untuk menghasilkan sulphenic acids. Sulphenic acid yg terhasil tu kita panggil 1-propenesulfenic acid (terhasil bila bawang dipotong). Sulphenic acid tadi kemudiannya akan ditukarkan menjadi gas syn-propanethial-S-oxide atau dipanggil onion lachrymatory factor(LF). LF gas ni pula akan meruap ke udara dan masuk ke dalam mata dan akan mengaktifkan sensory neurons, seterusnya menyebabkan rasa pedih..sebab tu la mata kita berair :)

nah,ni aku nak share tips supaya kita semua tak perlu dah nangis-nangis sampai keluar hingus masa kupas bawang ni..

-kupas bawang dengan meletakkan bersama-sama kita air yang banyak untuk mengelakkan gas yg terhasil masuk ke dalam mata *aku pon tak tahu kenapa air tu boleh menghalang gas tu masuk mata..gas tu masuk dalam air tu kot :)

-kupas atau potong bawang di bawah air yang mengalir atau dalam besen yang berisi air

-simpan bawang dalam peti sejuk sebelum potong..bila sejuk,enzyme dalam bawang tak aktif dan penghasilan gas yg memedihkan mata akan berkurang

-jangan potong akar bawang,atau potong akar last sekali sebab akar bawang mengandungi enzyme yg tinggi

-guna pisau yang tajam semasa memotong bawang, sebab pisau yg tajam akan mengurangkan kerosakan pada sel bawang dan sekaligus mengurangkan penghasilan enzyme *bukan sembelih lembu je kena guna pisau tajam tau

-potong bawang depan angin kipas yg kuat, sebab angin yg kuat akan mengelakkan gas dari bawang tadi masuk ke dalam mata.

-cara paling senang, pakai la spek mata atau googles masa potong bawang..pakai shades pon boleh baru la gorgeous u..

pak cik ngn kakak ni pon alah dengan bawang





sebab tu aku sayang en.garlic lebih,sebab en.garlic tak suka buat orang nangis..
garlic bread pon jadi sedap sebab dia,kan? :)



P/S:
 ->info-info kat atas aku ambik dari wikipedia-onion..
aku translate untuk lebih mudah nak paham..ada paham ka?pic:google la
       ->ma kata,mata berair time potong bawang xpe..boleh cuci mata :)
    

No comments:

Post a Comment