Nov 9, 2011

bawang oh bawang!!

Assalamualaikum..

Selamat Hari Raya Aidiladha :)

aku suka guna garlic aka bawang putih setiap kali masak..
*walaupon jarang-jarang je aku masak >.<
sebab dari dulu, ma aku ajar masak letak bawang putih..
bila letak bawang putih,rasa masakan tu akan jadi sedap 
sebab aroma garlic tu sendiri..ececeh..
ye,ye..aku xambik kursus masakan pon..
dah..straight tudepoin..
aku alah dengan dua jenis bawang ni..
dush3!!



tapi serius aku suka makan bawang besar dalam masakan..sedap..
aku alah bawang-bawang ni,sebab dua beradik ni suka buat aku nangis!
korang tahu tak kenapa benda ni suka buat orang menangis?

sebab, bila bawang dipotong, sel-sel di dalam bawang akan pecah dan mengeluarkan enzyme alliinases yg akan break down amino acid sulphoxides untuk menghasilkan sulphenic acids. Sulphenic acid yg terhasil tu kita panggil 1-propenesulfenic acid (terhasil bila bawang dipotong). Sulphenic acid tadi kemudiannya akan ditukarkan menjadi gas syn-propanethial-S-oxide atau dipanggil onion lachrymatory factor(LF). LF gas ni pula akan meruap ke udara dan masuk ke dalam mata dan akan mengaktifkan sensory neurons, seterusnya menyebabkan rasa pedih..sebab tu la mata kita berair :)

nah,ni aku nak share tips supaya kita semua tak perlu dah nangis-nangis sampai keluar hingus masa kupas bawang ni..

-kupas bawang dengan meletakkan bersama-sama kita air yang banyak untuk mengelakkan gas yg terhasil masuk ke dalam mata *aku pon tak tahu kenapa air tu boleh menghalang gas tu masuk mata..gas tu masuk dalam air tu kot :)

-kupas atau potong bawang di bawah air yang mengalir atau dalam besen yang berisi air

-simpan bawang dalam peti sejuk sebelum potong..bila sejuk,enzyme dalam bawang tak aktif dan penghasilan gas yg memedihkan mata akan berkurang

-jangan potong akar bawang,atau potong akar last sekali sebab akar bawang mengandungi enzyme yg tinggi

-guna pisau yang tajam semasa memotong bawang, sebab pisau yg tajam akan mengurangkan kerosakan pada sel bawang dan sekaligus mengurangkan penghasilan enzyme *bukan sembelih lembu je kena guna pisau tajam tau

-potong bawang depan angin kipas yg kuat, sebab angin yg kuat akan mengelakkan gas dari bawang tadi masuk ke dalam mata.

-cara paling senang, pakai la spek mata atau googles masa potong bawang..pakai shades pon boleh baru la gorgeous u..

pak cik ngn kakak ni pon alah dengan bawang





sebab tu aku sayang en.garlic lebih,sebab en.garlic tak suka buat orang nangis..
garlic bread pon jadi sedap sebab dia,kan? :)



P/S:
 ->info-info kat atas aku ambik dari wikipedia-onion..
aku translate untuk lebih mudah nak paham..ada paham ka?pic:google la
       ->ma kata,mata berair time potong bawang xpe..boleh cuci mata :)
    

Nov 3, 2011

aku dah kata jangan baca..tapi degil.. :'(

Assalamualaikum..

aku kata dah jangan baca,tapi diri ni degil..nak baca jugak..
kan dah tahu,kalau baca,aku akan nangis..
dah baca,nak wat camne :'(
*nangis baca ni..


APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH

Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..


source: facebook

Ya Allah,kau berkatilah hidup kedua ibubapa ku walau di mana mereka berada..
permudahkanlah segala urusan mereka dan jauhi mereka dari malapetaka dan bahaya..amin..

Oct 29, 2011

awas!! entry bunga matahari...

Assalamualaikum...

mood: currently falling in love with sunflowers..
yellow,yellow,yellow..

bunga matahari cantik..kan? :)









beautiful inspirational words

   


canteekkk!!!

dalam proses membina taman bunga matahari..
lepas ni banyak la bunga matahari berkembang dalam bilik aku..
we will wait n see :)

http://www.emocutez.com

Oct 21, 2011

bila makmal dua hari dalam seminggu..

Assalamualaikum...

kalau sem-sem lepas,aku suka bila ada lab anatomy..boleh pakai lab coat putih yg ala-ala nak jd krim dah tu (sebab dah 3 tahun lebih dah usia lab coat tu)..aku sayang lab coat aku ok..bila pakai jer,terus rase cam doktor..lagi-lagi kalau pakai sarung tangan getah dengan topeng hijau ikat kat belakang tu..ala-ala doktor bedah..dalam lab anatomy dulu,aku sarung jer sarung tangan getah tu,ikat topeng hijau tu kemas-kemas..lepas tu,aku menyorok di sebalik kawan-kawan aku sebab tak nak pegang ORGAN-ORGAN MANUSIA yang aku rasa ngeri gila untuk dipegang..kejam wei sape yang ambik organ tu..kejam..tak sanggup aku nak pegang..

sem ni tak ambik anatomy dah..khatam dah anatomy..selasa hari tu bertikus dalam lab phatology & pharmacology plak..bukan kejar-kejar tikus..main cucuk-cucuk tikus..lepas cucuk,kena tunggu tikus tu tidur..bila dah tidur,kena tunggu dia bangun plak..maka,lebih dari 50 ekor tikus telah berjaya dicucuk-cucuk oleh kitorang satu kelas..memang time kitorang cucuk drug kat tikus tu,dia tidur jer..tapi,lepas tu,korang ingat orang kat lab tu bela balik ke tikus-tikus tu?mesti la tak..tikus tu akan dimatikan..dimatikan..tapi aku tak tahu plak la cara diorang matikan tu macam mana..ada sape-sape tahu tak?aku teringin nk tahu..share la pengalaman korang..

tikus ni tengah tidur lepas kena cucuk..
kitorang wat in pairs..
tikus ni menggelupur masa kawan aku cucuk,
ada pendarahan..serius kesian..
hari selasa lepas hari bertikus..setiap hari jumaat hari bermata,beralat dan bercarta..tak paham?kalau aku kata the day with eyes,chart and instrument?mesti paham kan? :)
jam 8pg nati adalah turn bersama En.Carta Snellen dan teman baru,En.Cross-cyl..
hampir setiap hari jumpa  En.Carta Snellen

teman baru mulai esok :)

regards~syaosoiggo

Oct 17, 2011

kenapa macam sama??

Assalamualaikum..

diorang sama..kan?
lme dah aku perasan,tapi hari ni baru aku bandingkan?
kenapa muka diorang macam sama?
diorang wat plastic surgery kat tempat sama ke?
tak tahu,tak tahu..
tapi sekali tengok,sama..kan?






sape kata sama.angkat tangan sekarang!


http://www.emocutez.com


yang sebelah kiri tu younha,yang kanan tu park shin hye..
dua-dua comel,kan? :)
tapi aku suka tengok younha,cute & tembam..
suara pon best..huhu



~juz 4 fun,regards~me  ^__^W